Friday, January 29, 2010

manusia nie pelik

Malam tadi sedang enak berYM dengan salah seorang teman. Dia tiba-tiba memberi komen "Manusia ni pelik." Aku tanya pada dia "Pelik macam mana?" Dia mengambil masa yang lama untuk membalas "Tak ada apa-apalah. Aku mau tido." Dia meninggalkan aku terkapai-kapai dalam kegelapan malam yang hampir siang.

Saya seorang manusia yang tinggal di Sect. 14, Petaling Jaya. Tempat ni sudah terlampau sebati dengan aku sampaikan aku pakai baju tidur di tengah ari buta, dengan belum mandi, belum gosok gigi dan juga cuci muka. Muka fresh dari tilam. Tapi bukan itu aku nak bincangkan.

Cerita yang pertama:
Masa aku di Maybank, sedang beratur mahu bank-in money (online shopping), keadaan memang sesak. Memandangkan tengah lunch hour, plus hanya boleh pakai 1 machine sahaja. 1 lagi machine rosak. Dem! Double Park dekat luar Maybank. Ada kira-kira sepuluh (10) manusia yang sedang beratur campur aku menjadi sebelas (11). Punyalah lama aku beratur, tapi aku tak menghadap kepala si depan aku nie, yang aku tahu dia chinese man. Aku sedang lagi gelisah tengok kereta. Mana tau ada kereta mahu keluar. Sedang aku leka melihat sana, rupa-rupanya ada seorang pakcik Melayu ni menyelit. Aku nak mengamuk. Tapi bila aku fikirkan kembali, orang dekat belakang aku berderet. Aku malukan dia, sia-sia dia tak dapat masuk Maybank tu lagi. Malu besar punya pasal.

Moral: Walaupun kau tu lagi tua ke muda, sivik ada kan? Kau tiba-tiba nak cut-line ni, kau tak fikir, orang yang beratur ni lagi penat tunggu. Pedulilah kau tu dah beruban ke apa.

Cerita yang kedua:
Petangnya, dengan hujan lebat, aku gagahkan ke One Utama (OU). Pada mulanya untuk berjumpa seorang teman dan menghantar handphone rakan yang rosak. Kemudian, hajat hanyalah untuk menghantar handphone yang rosak. Dalam perjalanan ke OU, tak perlulah ceritakan tentang gelagat Malaysian people drive. Masing-masing dah tahu rasanya kan.

Cerita ini semasa aku berada di kedai handphone tersebut. Tidak perlu mentionlah ye. Sampai di sana, ada 2 orang staff pakai baju kerjanya dan seorang yang aku tidak kenalpasti siapa dia di tempat itu. Adalah dalam 30 minit, tunggu. Mereka sibuk telefon sana, sini. Aku dah menunjukkan muka di hadapan kaunter. Sambil buat muka senyum, sebenarnya dalam hati kelat. Aku mentionkan 2 orang pekerja yang memakai baju kerja di kaunter kan. Seorang sibuk dengan telefon. Seorang lagi pura-pura sibuk. Pada hal dia sebenarnya tidak melakukan apa-apa.
Aku masih diam. Adegan telefon habis, mereka bersurai. Kemudian, aku ke kaunter. Tiada sesiapa yang mahu layan. "Wei, aku nie customer la wahai pekerja!" teriak dalam hati sahaja. Kemudian nasib baik, ada amoi cina yang sibuk dengan telefon tadi, melayani aku. Selesai adegan di situ. Aku mulalah bengang, tahulah aku Melayu, kamu semua cina. Tapi aku customer.

Moral: Walau Cina, India dan Melayu. Kena layanlah dengan adil. Janganlah kau nak lebihkan bangsa sendiri.

No comments: