Friday, March 6, 2009

bebel

sudah bersawang blog ini. lama sudah tidak menjejakkan kaki di sini. sebab aku hilang. aku tiada motivation utk mengemas, menebas mahupun meracun lalang di blog ini. kadang2, adat manusia mempunyai kehidupan yang terumbang-ambing. aku tengah mencari semangat dan motive aku hidup. jadi aku semakin gelap pada mulanya dan aku sedar jika aku masih meneruskan dan tiada hala tuju aku, aku akan menjadi petung cendana. tiada updet dari aku, tiada review gigs for u guys, tiada keceriaan. sebab itu aku sudah menukarkan layout blog tsbt menjadi hitam. pada mulanya aku sudah katakan pada diri aku, tdak ada warna hitam mahupun kegelapan pada diri aku. tapi ia muncul mendadak. bla2. aku malas mahu berkata2. aku akan menjadi manusia yang punya kehidupan hala tuju.

sekian.

poem-poem

putar

hanya rintik hujan.
kedinginan malam.
kepekatan kuning bulan.
kesayuan hati.

oh pernah kamu terfikir,
si dia akan kembali?

pernah engkau katakan,
"hey, aku x akan jilat ludah aku lemparkan"

sekarang,
apa jadi.

ludah itu kau jilatkan,
semata2 nafsu kau.

aku di belakang,
"cakap x supa bikin."

pantas kau potong,
"ini peluang kali ke-2"

sinis aku dalam hati,
"klo dh lahir tahun ular tu, ular juga lah"


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
khilaf

tolong jangan gonggong tulang tersebut
kerana tulang tersebut telah aku jilat.

minta engkau jangan bontoti aku
sebab aku kuat kentot.

sedar aku ini bukan sempurna
jadi jangan jadikan aku artikel akhbar engkau

p/s: i'm not a good person.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

puisi hipokrit

puisi ini tentang aku,
tentang aku yang hipokrit.

jangan cepat nilai aku,
sebab aku ini seorang pelayar teater

hakikat sebenar,
aku hipokrit.

hipokrit,
keluarga, rakan, semuanya.

aku hanya mahu mencari terbaik utk diri,
akhirnya hipokrit kpd diri sendiri.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx