Thursday, June 11, 2009

.sedang berkabung.

sebelum apa2, al-fatihah buat teman aku Noor Hayati Idris yg meninggal dunia pd isnin lepas.
 
harian metro, selasa, 9/6/2009

Gadis maut digilis treler




SEREMBAN: Ngeri apabila seorang gadis yang terjatuh di tengah jalan selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta maut dipercayai digilis kenderaan berat di Kilometer 21 Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Noor Hayati Idris, 20, mati serta merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila Noor Hayati yang menunggang motosikal seorang diri dari arah Kuala Pilah-Seremban terlanggar belakang sebuah Perodua Kancil yang sama-sama sedang bergerak.

Berikutan perlanggaran itu, mangsa gagal mengawal motosikal Yamaha Lagenda yang ditunggang lalu terjatuh ke tengah jalan.

Sebuah kenderaan berat dipercayai treler yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak mangsa yang berada di tengah jalan lalu melanggarnya.


sekian sahaja.
masih dalam keadaan sedih.
al-fatihah buat noor hayati
even though kita x rapat tp kita schoolmate dan juga di bwh satu bumbung utk tidur dan juga belajar.
semangat sekolah smtmt tetap x lekang w/pun it almost 3 years kita sudah x berjumpa.
kawan tetap kawan
walau jauh mcm mn pun,
ak masih igt kawan.

sedih,
hilang sorang kawan.

Friday, March 6, 2009

bebel

sudah bersawang blog ini. lama sudah tidak menjejakkan kaki di sini. sebab aku hilang. aku tiada motivation utk mengemas, menebas mahupun meracun lalang di blog ini. kadang2, adat manusia mempunyai kehidupan yang terumbang-ambing. aku tengah mencari semangat dan motive aku hidup. jadi aku semakin gelap pada mulanya dan aku sedar jika aku masih meneruskan dan tiada hala tuju aku, aku akan menjadi petung cendana. tiada updet dari aku, tiada review gigs for u guys, tiada keceriaan. sebab itu aku sudah menukarkan layout blog tsbt menjadi hitam. pada mulanya aku sudah katakan pada diri aku, tdak ada warna hitam mahupun kegelapan pada diri aku. tapi ia muncul mendadak. bla2. aku malas mahu berkata2. aku akan menjadi manusia yang punya kehidupan hala tuju.

sekian.

poem-poem

putar

hanya rintik hujan.
kedinginan malam.
kepekatan kuning bulan.
kesayuan hati.

oh pernah kamu terfikir,
si dia akan kembali?

pernah engkau katakan,
"hey, aku x akan jilat ludah aku lemparkan"

sekarang,
apa jadi.

ludah itu kau jilatkan,
semata2 nafsu kau.

aku di belakang,
"cakap x supa bikin."

pantas kau potong,
"ini peluang kali ke-2"

sinis aku dalam hati,
"klo dh lahir tahun ular tu, ular juga lah"


XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
khilaf

tolong jangan gonggong tulang tersebut
kerana tulang tersebut telah aku jilat.

minta engkau jangan bontoti aku
sebab aku kuat kentot.

sedar aku ini bukan sempurna
jadi jangan jadikan aku artikel akhbar engkau

p/s: i'm not a good person.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

puisi hipokrit

puisi ini tentang aku,
tentang aku yang hipokrit.

jangan cepat nilai aku,
sebab aku ini seorang pelayar teater

hakikat sebenar,
aku hipokrit.

hipokrit,
keluarga, rakan, semuanya.

aku hanya mahu mencari terbaik utk diri,
akhirnya hipokrit kpd diri sendiri.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tuesday, January 27, 2009

photoplaya































lokasi - jaya 33, around my house, klia. sorry jika kualitinya tidak bagus krn saya tidak mahir untuk edit mahupun punya camera dslr begitu canggih. hanya w580i.

Sunday, January 25, 2009

group - anesidora


mahu interpremkan group ini. metal group nieh. best siot. layan deih.
vocalis - yeni
guitars - as
bassist - jimi
drummer - lord.

bagi sapa yg lyn metal ayuh try dgr lgu dorg. nk syok lg lyn live sei. mmg berhantu lagu dorg tmbhn lagu absolution and illusionary dream. dem, memang best. dorang akn perform acoustic at CANTUMAS CAFE, SETIAWANGSA. ON 21 FEBRUARY 2009. ayuhlah ramai ke sana. memang dem best sial tahap gampang aku cakap dorang nieh.

1st gigs for 2009

paling best aku syorkan korg dgr live g la acoustic 21/2 nieh. aku dah lyn abis kot td ptg. ikot the vocalist yg mn mem aku g studio dorg prektis. serious shit pye best. xtau nk ckp mcm mn. ayuh la rkn2 yg mahu mengenali mereka lebih dekat lagi korg boleh click sini.

any questions about them korg blh tye di page mereka


disguise - anesidora.

p/s: ini tiada mengena mahu mempemeskan mem sendiri tp the potential group dorg yg lagu2 mereka sgt best thp gaban siot. klo x percaya cb lyn r. plus korg g acoustic 21/2 nieh.

Saturday, January 24, 2009

poem- keluh kesah

keluh kesah

kadang2 kita mencari ketenangan
kadang2 kita mencari kebisingan
kadang2 kita tidak tahu mana pilihan kita

kadang2 kita mencari kebaikan
kadang2 kita mencari keburukan
kadang2 kedua2 itu kita cari

bermula sekrang
sila betulkan jika saya salah menaip

bukankah manusia berhak membuat keputusan?
jadi perlunya baik buruk setiap pertimbangan
apa yang kita boleh buat?
mencari ketenangan di kala bising
mencari kebaikan di kala setan menghampiri?

mungkin akan songsang anda2 akan berkata
cuba kita fikir kembali.

mencari ketenangan di kala bising.
di dalam sebuah bilik
padat ribuan manusia
lagu memecahkan gegendang telinga
tiba2 ketenangan cuma mendekati
akhirnya kita rimas dengan semuanya

betulkan jika saya silap.

mencari kejahatan di kala sujud pada setan
apabila picagari menemui kulit
cecair mula menyelinap ke salur darah
di kala kau tengah khayal
akhirnya kau mengaku yang kau telah terlajak

betulkan jika saya silap

jadi
mencari ketengan di kala bising
mencari kejahatan di kala sujud pada setan
membuat kita sendiri celaru

akhirnya
terkandas di tengah2
tiada hala tuju

keputusan
lari ke atas jambatan
lompat ke arah air biru tersebut