Thursday, June 11, 2009

.sedang berkabung.

sebelum apa2, al-fatihah buat teman aku Noor Hayati Idris yg meninggal dunia pd isnin lepas.
 
harian metro, selasa, 9/6/2009

Gadis maut digilis treler




SEREMBAN: Ngeri apabila seorang gadis yang terjatuh di tengah jalan selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah kereta maut dipercayai digilis kenderaan berat di Kilometer 21 Jalan Seremban-Kuala Pilah, dekat sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Noor Hayati Idris, 20, mati serta merta di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Kejadian itu dipercayai berlaku apabila Noor Hayati yang menunggang motosikal seorang diri dari arah Kuala Pilah-Seremban terlanggar belakang sebuah Perodua Kancil yang sama-sama sedang bergerak.

Berikutan perlanggaran itu, mangsa gagal mengawal motosikal Yamaha Lagenda yang ditunggang lalu terjatuh ke tengah jalan.

Sebuah kenderaan berat dipercayai treler yang datang dari arah bertentangan gagal mengelak mangsa yang berada di tengah jalan lalu melanggarnya.


sekian sahaja.
masih dalam keadaan sedih.
al-fatihah buat noor hayati
even though kita x rapat tp kita schoolmate dan juga di bwh satu bumbung utk tidur dan juga belajar.
semangat sekolah smtmt tetap x lekang w/pun it almost 3 years kita sudah x berjumpa.
kawan tetap kawan
walau jauh mcm mn pun,
ak masih igt kawan.

sedih,
hilang sorang kawan.